Monday 6 April 2015

The Birth Story

Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.
I da selamat bersalin pada 18Mac, tarikh bersejarah..kenangan manis yang tak mungkin dilupakan. Selalu dok baca pengalaman orang bersalin je kan.. now da rasa sendiri.


A healthy baby boy

Dari awal mengandung lagi, I memang berdoa nak beranak secara normal. Tak sanggup nak cser2 ni. Maka dengan itu, kena la jaga kandungan dan kesihatan baik2. Jangan ada kencing manis, darah tinggi, kenaikan berat badan kena jaga. Slalu berdoa kandungan tak de masalah macam low placenta ke, berharap baby pusing kebawah, jangan breach bagai, jangan la terbelit tali pusat ke ape. Semua tu risk untuk di cser sangat tinggi. Tamo overdue, tamo induce bagai. Tapi kita tak tau nasib kita mcm mana nanti. Semua da tertulis.

38minggu 6hari
Isnin - 16Mac.
Tgh hari isnin tu tetiba da kuar tanda. Tapi brown spot lendir sket. Ok. Masih bertenang, sebab tak rasa sakit ape2 pon. Tapi bila wassup bgtau kawan2, semua da sibuk suh I pegi hospital untuk check. Alamak, rumah tak habis kemas lagi ni, banyak lagi food tak makan. Hehehe. Cepat2 wassup Mr. N suh balik rumah, siap suh dia tapaukan air kelapa untuk I. Petang tu kemas ape2 yang patut, masih berlengah2 lagi. Sebeb takde sakit sangat pon. Lepas maghrib baru gerak ke rumah Mertua kat precint 9. Kebetulan mama masakkan masak lemak udang. Perghh..3kali tambah malam tu. Siap pakej auntie annes lagi, suruh adik ipar belikan kt Alamanda.

konon2 macam last meal before beranak. makan banyak2 untuk tenaga nak push nanti. siap mengidam chocolate stix from autie anne's


Dalam kul 11mlm baru la pegi hospital putrajaya. So, bila sampai, diorang akan pasang ctg kat perut, nak monitor contraction and heartbeat/pergerakan baby. Contraction tak kuat sangat, sekali dalam 10min je. Heartbeat baby semua ok. Then, bila scan pon baby semua ok. ‎Check bukaan pulak, takde bukaan lagi. Alaaa..frustnye. Ok, doc bagi i balik malam tu.

Malam tu balik tido, i terjaga2 jugak sebab ada rasa contraction. Tapi still leh layan tido.

39minggu
Selasa- 17Mac
Hari ni husband tak pegi keje da. Dia dok rumah kemas ape2 yang patut. Pagi tu i sambung tido lagi, tapi terjaga2 sbb rasa contraction agak kuat, but still leh la layan tdo lagi. Tengah hari minta husband tapaukan lunch, sotong goreng berempah. Ni gara2 terbaca blog la ni. Hihihi. ‎Petang tu, ada lagi kuar tanda yang sama, tapi tak banyak. Sakit pon agak kuat, tapi tak kerap lagi. Once again, orang lain bising2 dan risau suruh pegi hospital. 

selagi belum beranak...selagi tu memenuhi tuntutan selera

nyummy..nyummy....nasib sempat lagi merasa sotong goreng berempah ni

Kul 6petang, kami ke hospital putrajaya sekali lagi. Ctg result, contraction makin kuat. Heartbeat baby semua ok. Baby still active. Bukaan masa tu baru 1cm. Alahai..frustnye. Kali ni, doc bagi pilihan untuk transfer ke hospital kajang atau HKL, sebab hospital Putrajaya penuh. Hmmmm..atau kalo nak balik pon boleh, kena sign borang perlepasan. Diorg takkan tanggung if jadi ape2. ‎Disebabkan sakit bley tahan, we all balik malam tu. Lagipon, parents i sampai rumah malam tu. Lepas discharge, tekak teringin nak makan kerabu meggi kg baru! Ahahaha. Tapi Mr. N tak de la dia pegi kg baru malam tu, but dia still berjaya carikan kerabu meggi untuk i malam tu. Nasib baik ada jumpa kt cyber.

ni baru betul last meal before beranak

I kat rumah masa tu asyik nak baring je. Kekadang rasa mcm nak berak. Entahla..serba tak kena. Tapi duduk dalam bilik air, sambil siram2 air kat badan, rasa lega sket. Dalam 11mlm parents i sampai cyber. Masa ni sakit da kuat. Kalo contraction datang, i memang tak bley duduk. Memang tertonggeng2 bagai. Macam cacing kepanasan. Tak tentu arah. Bila tak de contraction, rilex je sambung bersembang. 

12am-3am.
Mak i termankan i bersembang malam tu. Mr.N da tido. I pulak melayan contraction, sambil tu dok makan bekalan mak i dari kampung. Ada cake la, nasi + ikan masin la. Jeruk mangga la. Hehehehehe. Bila contraction datang je, i jalan2 dalam rumah, or bouncing atas gym ball, rasa lega sket. Bila 3pagi, i suruh my mom tido. I pon try la nak tido kot2 boleh sambung tido lagi kan. Tapi contraction makin kuat la pulak. 3-4pg tu memang da tak tahan, menggelupur da atas katil. Tak senang duduk. Tak tau nak tahan sakit contraction macam mana dah.

4pagi,
Ajak Mr. N pi hospital putrajaya lagi. Kali ni, ctg result contraction mmg kuat. 3kali dalam 10min. And contraction pon da kuat. Bukaan baru 2cm je. Alahai....tapi baby heartbeat/movement semua ok. And baby pon da engage, pintu rahim pon da nipis sangat. Sebab bukaan baru 2cm, i tak boleh masuk labour room lagi. Lagi sekali doc bg pilihan ke Kajang atau HKL. Alahaii...Mr. N kalo bley nak i beranak di Putrajaya. Lama jugak nak buat keputusan masa tu,  nak balik rumah ke, or nak pegi Serdang ke. Sebab jauh sangat kajang or KL. Masa tu baru la menyesal, apesal tak amik FPP je ker, or pegi AzZahrah or AnNur bangi ke. Last sekali, Mr. N setuju untuk transfer I ke kajang. Masa dok bincang2 tu, i da tertonggeng2 kat ruang menunggu tu. Nak naik ambulance pon, sempat lagi merangkak depan kaunter tu, sebab tak tahan sakit.

5pg+, 39minggu 1hari
18Mac -Rabu
Naik ambulance dengan sorang lagi patient. Dia pon sakit kuat macam i, bukaan pon baru 2cm, tapi dia da pecah air ketuban. Ada sorang nurse yang teman kami dalam ambulance. I minta izin kat nurse nak baring atas katil dalam ambulance. Bila contraction datang, i cepat2 capai tangan patient lagi sorang tu. Kenal pon tak. Tak kira ape da, memang tak tahan sakit sangat. ‎Nasib baik that lady pon bagi semangat kat i. Dia kira ok lagi, bley tahan sakit. dok practice breathing teknik. 

6pg- 18Mac -Rabu
Da selamat smpai hospital kajang. Dasyat jugak fasiliti hospital kajang, memang old school habis. Rutin yang sama, diorang akan pasang ctg kat perut, nak dapatkan bacaan heartbeat baby. Hihi..masa ni i da gelisah habis. Tak bley nak baring elok2 time contraction datang. Berpusing kiri ke kanan. Nasib la nurse2 situ memahami. Serius weih..sakit gilo! Rasa macam...ape la dosa ku ini. Memang berserah habis pada Allah je. Sakit da kuat, tapi bukaan skit je. Doc datang check bukaan baru 3cm gitu. Tapi dinding rahim da nipis sangat, doc kena betul2 seluk sebab boleh confuce dengan fully opening. Tetiba datang lagi sorang doc, dia check da 4cm. Then terus diorang prepare i masuk labour room. Moment ni paling i tunggu, sebab diorang akan masukkan enema untuk kosongkan usus. Sakit contraction yang kuat smpai rasa macam nak berak. So, jadi konfius...nak berak ke tak ni? Kang kalo teran, kuar taik ke ape? Jadi macam nak berak, tapi tak puas? Haish...tak reti nak explain sakit dia macam mana. Ibu2 yangg da merasa je tau sakit macam mana.

7pg+
I da masuk labour room. Kena lagi pasang ctg. Haishh...rimas ok! Tak suka..sebab i tak bley baring diam2. Sakit weihhhhh. Camne nak baring diam2. Asyik la kekiri, kekanan, tak senang duduk. Bila tak de contraction, baru leh baring senyap2. Time tu la cepat2 nurse pasangkan ctg, doc prepare untuk kuarkan air kencing i, and nak pecahkan air ketuban. Bila contraction datang, semua benda stop jap. Hihi. Bila da pecahkan air ketuban rasa lega sket. Rasa panas je.. i sempat lagi tanya nurse and doc, air ketuban ok ke? Risau kot2 baby da berak ke ape. Kang tak pasal2 kena cser. At the same time, diorang suruh sedut gas etonox. Diorang pesan, kalo sakit datang, sedut gas tu dalam2. Mula2 sedut tak de effect pon. Rimas lagi ada la. Orang da la sakit, suruh sedut gas yang tak de function tu pulak.

Tapi bila tak de contraction, i try sedut gas tu dalam2, then slowly rasa sakit kat tangan ni rasa kebas jer. (tangan kiri da ada iv line- sakit jugak..memang tak suka iv line tu) pastu baru la i tau fungsi gas tu. Kihkihkih...memang time contraction datang, i sedut gila2 gas tu..terus kebas kaki semua. Sorang je nurse yang handle i pagi tu. Doc ke ape semua takde. Nurse tu pesan, jangan sedut dalam2, nanti pening, tak bley push. Tapi the moment i sedar fungsi gas tu, terus i ingat baby. Sedaya upaya untuk sedarkan diri, stay concious.. jangan sampai pengsan, nanti tak bley jumpa baby. Best gilo ok sedut gas tu, memang terasa macam penagih dadah jap. High gila. Memang gas penipu otak. Sakit tu ada, tapi rasa kebas, so i boleh la baring senyap, da tak kekiri kekanan lagi da. Sambil tu nurse tu dok pantau bukaan. I asyik la dok tanya, da buka bape? Tapi nurse tu tolong bantu buka bukaan tu. Memang terasa la jugak walau dalam khayal2 tu. Ada la rasa 2-3kali contraction yang memang rasa nak meneran macam berak tu. Memang tak pikir ape da..tak leh teran ke ape..i tetap teran gak. Da rasa sakit gitu, mana bley tahan2.

Tetiba je nurse macam kelam kabut suruh i kangkang luas2. Then dia bagi instruction macam mana nak push. Masa ni i da tak sedut gas tu. Nak tanak kena juga rasa sakit untuk bersalin! Kalo tak sakit, tak bley push woo. 1st teran tak berjaya. Bila stop teran, baby akan sedut masuk balik dalam perut. Kali ke2 try pon tak berjaya, sbb tak teran panjang. Kali ke3 try baru kuar baby. Alhamdulillah... memang kena teran panjang2 sket, sambil curi2 nafas. Memang habis habisan i teran sebab tak sanggup da nak tanggung sakit. Nak cepat2 semua ni berakhir. Baby selamat kuar 8.09pg. Masa teran tu memang meleleh air mata. Elok je baby kuar, Mr. N pon baru smpai. Alaa..my husband tak sempat tengok anak dia kuar. Hikhik. Semua benda berlaku cepat sangat.

Lepass potong tali pusat, dapat skin2skin dengan baby. Eee...syok sangat. Terkejut we oll berat dia 3.4kg. Last scan semalam kat Putrajaya estimate dalam 2.9-3.1kg je. Bila kuar, 3.4kg lak. Masa skin2skin tu, baby leh sambung tido. Hikhik..kelakar plak. Then nurse suh Mr. N azankan baby masa skin2skin tu. Alahai..shahdu sgt. Then, nurse kuarkan uri, then dia biarkan i kejap. Dia nak tolong patient sebelah pulak, patient yang sama naik ambulance dengan i tu. Dia lom beranak lagi.

Time jahit, jengjeng2. I tanya nurse, dia bius tak nanti. Dia cakap dia cucuk bius, jangan risau. Errr..disebabkan ada gas etonox tu lagi, i memang bantai sedut kaw2 gas tu. Tak bagi chance punye. Memang tak sanggup nak rasa sakit jahit pulak. Kihkihkih. Lama jugak nurse jahit, sambil tu sempat lagi i borak2 ngan nurse tu, siap puji2 dia lagi. Ye la..memang dia membantu i sangat2. Kami berdua je dlm labour room tu, tak de my husband or doc lain masa i push tu. Dia berjaya bantu i beranak secara normal, tak perlu vacuum or guna forcep. Memang sangat berterima kasih kat dia. Dalam lalok2 high gas etonox, memang sempat lagi berbual, tanya dia dok mana, bape orang anak..i siap bagitau, i nak doc pompuan, tapi kat Kajang, ada doc lelaki, doc yang pecahkan air ketuban tu doc lelaki.. nurse tu cakap, nape i tak request awal2. Kalo tak, dia je yang buatkan semua benda, or dia panggilkan doc pompuan untuk i. Hihi..rupanya nurse tu pon tunggu kot2 i request tak nak doc lelaki. Lerrr....mana la tau kan? Ingat kat hospital kerajaan tak leh nak request macam2. Ekekek. Tak pe la..next time da tau.

I direhatkan dalam setengah jam kot. Sementara nak tunggu doc pompuan available untuk check jahitan and luka. Then ada nurse datang suapkan susu suam. Memang dahaga gilaaa...tekak perit gila sebab i sedut gas tu kaw2. Then, diorang bersihkan i, pakaikan pad. Lepas tu, ada nurse datang bawa baby and ajarkan cara menyusu. Alhamdulillah, 1st attempt baby da pandai latch. Good job anak mama ni. Then nurse sediakan wheelchair untuk i. Diorg ‎letak baby atas pangku, then tolak masuk wad. Leganyaaa. Bila masuk wad, husband and mertua dapat tengok kejap baby and I. Then, diorg kena kuar, sebab bukan waktu melawat. Baby and I kena tido semalaman kat wad, baru bley kuar. 

after 2 hours of delivery. bau syurga yang sungguh bestttttt.

Mcm tak caya da jadi mama! Best sangat ngulit baby sendiri. Hikhik. Ok, after all, takde la sakit sgt beranak (kalo bley sedut gas etonox tu lagi). Kihkihkih. Alhamdulillah dipermudahkan. Allah makbulkan impian i nak beranak normal, dengan bantuan gas etonox and episiotomy. Tak perlu epidural, induce, vacuum or forcep. Memang i takut sangat kot2 kalo kena cser. Nasib la heatbeat baby semua ok, cuma sakit kuat tu tak tahan, pastu serviks lambattt sangat nk buka. Memang bahagian masing2. Ada orang tak sakit pon, tapi da ada bukaan 4cm. Hihi..i sakit berhari2..tapi sikit sangat buka. Ape2 pon, Alhamdulillah, mama and baby boy sihat walafiat. baby tak banyak ragam, hari ke-7 da luruh pusat, kepala pon da cukur. Nama diberi Zulqarnain. 


our lil family selfie! hari -7
mengabadikan gambar rambut syurga ni. sayangggg sangat nak cukur rambut dia.


saye da motak,,,,



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.