Wednesday 11 February 2015

Penyejuk Hati

Hari sabtu lepas ingatkan boleh berehat2 dan bertenang.... rupanya kena ganti orang!
hari sabtu, memang hari kesukaan untuk diorang MC dan EL. hari lain tamo nak sakit kan.....hari sabtu jugak yang jadi pilihan. geram betul. orang macam ni tak penah fikir pasal orang lain. selfish betul.

tapi nasib baik la team I flexible. boleh work from home sajer. lega sikit. sebenarnya, dari kandungan 6bulan lagi I da start kerje dari rumah. bahagia sangaattt. boleh kira berapa kali je I pegi ofis, pegi ofis pon masa keje shift siang weekdays. kalo time keje malam atau keje weekend, memang heaven dok rumah saje. bila perut da makin besar ni, memang tak boleh duduk lama2. tambah kerusi ofis ni bukan la selesa mana. jenuh nak sendal macam2 bantal kat belakang ni. tak tahu mana nak parking perut yang menonjol kedepan ni. haiishh..nasib la dapat team mate yang awesome yang paham keadaan I. kadang2 bersyukur jugak teammate I semua lelaki, so diorang tak berapa nak busybody. nak mereport kat bos ke ape...memang takde. hihi

work station kat rumah..memang atas katil sajer. tak larat nak duduk..buat keje pon sambil baring. punye la dasyat tak tahan sakit pinggang. sambil ditemani aiskrim baskin robin. nyum2.


tengah menghitung hari. now da 34weeks. hari ni hari terakhir keje untuk minggu ni.
minggu depan keje siang lagi...tapi 2 hari je datang ofis.
then....lagi 2 minggu I keje malam, memang bahagia la tu I dapat wfh.
after that...keje siang 4 hari - yang ni i rasa nak oficially minta approval kat manager kerje dari rumah. sebelum2 ni, buat rules sendiri je. tak minta approval pon. tapi rasanya kalo manager tahu pon dia tak marah kot. hikhikhik. lagipon rumah I dekat dengan ofis, kalo ada ape2 issue, 5min da boleh smpai ofis. tu yang berani buat rules sendiri je tu.

tiktoktiktok...tak sabarnya nak bercuti panjang!

Friday 6 February 2015

Kari daging simple

‎Salam Jumaat.
Hari ni, hari ke3 I offday secara tenang. Minggu ni offday 4 hari, tapi kena standby week. So, memang tak kemana, duduk rumah jer kot2 kena panggil pegi keje ganti orang.  Bahagia betul bila tak de kena ganti2 orang ni. Terasa completely enjoy jadi housewife. Dok rumah boleh masak ape yang mengidam, kemas dapur, baring golek2. Eeeee..bestnya!

By the way, time cuti ni la baru boleh masak2 ikut demand baby. Hihihi..walaupon kekadang tak larat, perut asyik mengeras or kekadang baby stretch2kan badan dia dalam perut ni..sungguh la tak selesa. Semalam buka je mata, terus tekak terasa nak makan donut! Homemade donut ye. Tamo yang beli2. Nak makan panas2 time lepas goreng tu. Donut yang rangup diluar, lembut didalam. Amboiii..demand betul lil blip ni. Gigih la I menguli doh donut. Bila dapat makan, rasa legaaaaa sangat!

big fat homemade donut. nikmat betul makan panas2. rangup diluar, lembut didalam.

‎Bila da petang sikit, I teringin nak makan kari daging pulakkk. Da terbayang nak buat sambal belacan, then celur jantung pisang buat ulam, sambil goreng ikan masin. Nyum2. Anyway, hari ni I nak share resepi kari daging simple. Tak de la simple mana pon, tapi bahan yang I guna tak banyak sangat. Resepi ni I belajar dari mak I. Memang dari kecik I da biasa makan kari daging pesen ni...so, selera tu da fix dengan resepi mak. Resepi orang lain, memang lain sangat..macam2 spice nak letak dalam kari daging kan?.


Ini je bahan2 yang I guna. Daging yang dia siap potong and cuci tu, diperap dengan serbuk kari daging babas + kerisik kelapa + hirisan bwg merah, putih, halia. Bahan lain adalah kentang, bahan untuk menumis, hirisan bawang merah, putih, halia, daun kari. Tak dilupakan santan kelapa. Ok, tu je bahan2 yang diperlukan. My mom tak letak pon segala kayu manis ke, bunga lawang ke ape. Tapi kari daging dia wajib letak kerisik. 

Cara2 memasak,
Tumis bahan hirisan smpai naik bau.
Masukkan daging dengan sedikit air. Masak sehingga daging empuk/terbit minyak.
Masukkan kentang, akhir sekali masukkan santan/kuah.
Biarkan mendidih, bila kentang da empuk, kari daging pon siap! Jangan lupa buh garam naaa.

Everytime I nak buat kari, memang I akan beli kelapa parut. Guna santan fresh ni lagi sedap. So, kerisik pon I buat on the spot jugak. I memang tak pernah beli/guna kerisik segera yang orang jual tu. Kekadang bau hapak. Buat sendiri lagi sedap dan fresh. Alaaa...just amik 2gengam kelapa parut, sangai/goreng tanpa minyak guna api kecik je smpai garing. Then tumbuk sampai halus atau terbit minyak. Senang sangat aih nak buat kerisik sendiri.

kari daging, ikan talang masin digoreng dengan bawang and cili kering, papadom. sedap sangat da ni.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.



Thursday 5 February 2015

Simple dinner

‎Da lama sangat I tak share resepi atau gambar food kat blog. Ye la, da berbulan tak update blog.. hihi. Masak pon jarang2 sangat sekarang ni, lagi suke berbaring je atas katil. Hihihi.

Anyway, nak share dinner semalam. Sebenarnya, takde idea nak makan/masak ape semalam. Ikutkan hati, nak makan luar saje, tapi still tak tahu nak makan ape. Kadang2 bosan jugak makan luar, sampai da tak de idea nak makan kat mana. Cyberjaya ni da la pilihan terhad. I mean, kurang pilihan gerai yang jual masakan kampung atau goreng2 yang sedap. ‎Kalo arabic/western/mamak memang sangat bersepah kat cyber ni. Tapi tu la, setakat nak makan western food, baik masak sendiri kt rumah lebih jimat.

Kebetulan barang mentah tak berapa nak ada sangat kat dapur. I mean, macam stok2 ikan potong, atau sayur2 hijau,taugeh, cili padi ke ape...memang tak beli simpan or stok da habis. Rasanya, cili kering pon da habis kot. Tak sempat nak check lagi stok makanan kt rumah. Tapi kalo stok pasta, memang selalu ada‎ malah macam2 bentuk dan jenis lagi. Seasoning untuk western food juga selalu ada, bukan yang gempak2 pon, setakat stok lada hitam, serbuk pati ayam, cili flake, olive oil, mustard sos, pasta sos in jar. Basic2 je yang ada. Tu je la yang ada. Dried herbs pon kebanyakan da expired kot..tapi I jarang guna dried herbs dalam masakan western. Hihi..pepandai je ubah resepi sendiri.

Anyway, bila kekadang da tak de idea sangat nak masak...I selalu akan amik jalan mudah untuk masak western meal saje. Bagi I masak makanan barat ni lagi mudah dan cepat. Tak guna banyak bahan, tak perlukan masa yang lama untuk preparation. Senang nak adjust perasa ikut kesesuaian menu. Hihi..bukan tanak masak masakan kampung, mungkin I yang fussy kot...kalo masakan kampung selalu nak kena guna fresh ingredient. Gulai nak kena guna santan yang diperah fresh dari kelapa parut. Tak biasa guna santan kotak or serbuk. All the vege macam tomato/bendi/taugeh...guna yang fresh baru sedap kan. ‎Macam nak buat masak merah/sambal pon, lagi sedap kalo ada serai, daun limau purut, ditabur daun sup/daun bawang....which is jarang simpan stok..cepat sangat rosak. Akhirnya, goreng pasta jugak jadi pilihan hati.

Simple pasta goreng with salmon grill + cold potato salad with eggs

Kebetulan, baru2 ni ada beli fillet salmon. Sementara masih fresh lagi, baiklah I grill salmon tu. Da tanak simpan ikan lama2 dalam freezer, sebab I perasan ikan yang disimpan lama dalam freezer, rasa dia da kurang. Lagipon, semalam Mr. N balik lambat dari kerja. Dari penat2 nak kuar makan, baiklah I masak simple2 je for our dinner.

Salmon diperap dengan seulas bawang putih, black pepper, lemon, garam and tyme herb. (dulu ada tanam tyme herb, tapi now da mati. So, smlm ada beli tyme fresh, kalo I nak grill salmon memang terbaik letak tyme)

Ada stok sebiji kentang. Teringin nak makan cold potato salad...tapi sebab kentang tinggal sebiji saje, so I campurkan dengan telur rebus. Rebus telur and kentang sampai empuk, untuk dressing I guna mayonis kewpie, mustard sos, bwg merah didadu halus, sedikit daun kucai diracik (daun kucai amik fresh dari pokok), garam, and cappers (yg ni memang ada stok sebab dulu teringin nak buat tartar sos sendiri)‎ gaul sebati, then simpan dalam peti ais.

Rebus spiral pasta tak smpai 10mins pon.
Panaskan olive oil, tumis seulas bawang putih, masukkan beef pepperoni yang dicincang (memang selalu simpan stok beef pepperoni ni), then perasakan dengan garam, serbuk pati ayam knorr, dan juga chili flakes. Last skali masukkan pasta gaul sebati.

suke sgt beli fresh herb dalam pot gini. tapi selalu lalai nak jaga dia. harap2 kali ni lebih rajin utk bela herbs2 ni semua.

Siap! Da boleh makan! Bagi I, lagi mudah masak macam ni, yang sudah semestinya sedap untuk tekak kami laki bini. Tak payah bahan gempak2 sangat pon, boleh je guna bahan mentah yang ada dalam stok masing2.

So, menu ape pilihan korang kalo jenis tak sempat nak prepare barang, or takde idea nak masak ape. Mostly ramai yang akan goreng nasi, mee, bihun or koewteow kan. Wahh...sedap tu..tapi masalahnya I takde stok sayur2 hijau/taugeh/tauhu. Nasi putih pon tak de lebihan, sebab jarang masak nasi. Hihi.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday 4 February 2015

Ruang makan

‎Akhirnyaaaa, penantian berakhir dengan siapnya ruang makan. Asalnya ni adalah ruang courtyard (ala2 taman dalam rumah) yang bersaiz 10x10kaki. Masa sebelum kami pindah masuk, kami cuma pasang policarbonate roof je untuk halang dari hujan masuk dalam rumah. Tapi still ada saluran air hujan masuk dalam rumah. Pernah sekali, saluran tu tersumbat, and ruang tu banjir sebab hujan lebat sangat! Sedih tak terkata, sebab ada barang kat situ, tak habis kemas lagi lepas pindah.

Di sebabkan ada saluran air yang terbuka tu juga, jadi laluan masuk tikus. Arghhh..sakitnya hati. Tak pasal2 je kena kemas banyak2 kali. Now ni, bila da siap tutup segala lubang air, da naikkan lantai cantik, bumbung pon dinaikkn jadikan airwell. Memang lapang sangat ruang ni. Lega betul da siap, 3bulan juga la nk menunggu siapnya. Kontraktor ni amik job 4 rumah sekali gus. Haihhh..sabar je la. 

Bila da siap, cepat2 alihkan meja makan ke ruang ni. Sebelum ni, meja makan terpaksa letak depan sofa diruang tamu. Ruang tamu tinggal separuh je. Memang rimas betul masa tu. Sekarang bila da siap, rasa macam ruang makan ni terlebih luass pulak. Hihihi, sengaja kami rapatkan meja makan ke dinding, sebab tak habis kemas barang sepenuhnya. Bilik stor yang diserang tikus, kena kuarkan semua barang, cuci bersih2 baru boleh susun atur elok2.

ruang makan yang da siap. nampak luas giler pulak. jenuh nak mendeko dan susun atur. hihihi

Minggu ni sepatutnya orang Innovar datang untuk amik ukuran nak pasang laminate floor. Ohoiii, tak sabarnya. Wish list sangat tu. Mungkin kalo ada rezeki lebih, Mr. N berangan nak proceed pasang ‎plaster ceiling sekali. Itu wishlist Mr. N. I ikut je mana yang terbaik. 

Weekend hari tu, pegi jalan2 ioi city mall. Asalnya nak pegi IKEA, tapi tak sanggup pulak nak menempuh jem segala. Sekurang2 kalo ke ioi city mall, we all tahu jalan yang tak jem. Hahhaha. Lagipon, ioi city mall luas, besar dan lebih selesa walaupon weekend ramai orang. ‎Tujuan utama, nak cari accesories bathroom. Tapi tak jumpa yang berkenan dihati. Penat betul tawaf dari index living, sampai la ke home pro. Hihi...

Jalan2 ke index living, konsep da macam ikea. Ok juga la, not bad. Tapi i lagi prefer ikea, mungkin sebab besar dan banyak barang. Jalan2 cuci mata... terbekenan dengan meja makan bulat marble. Kehkehkeh. Dongak2 atas tengok harga, tertelan airlio. Hahaha.. kena gigih kumpul duit kalo nak beli barang idaman. Mr N la ni, berhajat sangat nak dining table baru vavasvoom. Padahal, baru je dapat meja makan free dari makusu dia. Hihi. Takpe, berangan je dulu tak salah pon. Personally, we all memang prefer meja makan jenis bulat, sebab rasa bonding tu lagi kuat. Lebih mesra gitu kalo duduk keliling meja bulat makan sesama family. Well, korang prefer meja makan jenis ape? Petak or bulat jugak? Hihi

shining2... cantik kan? tapi sure berat ni. 

dongak atas...*gulp* bley tahan harga dia. tapi kalo bab berangan tak pe, free jer.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.




Tuesday 3 February 2015

Lebensstil Service

‎Beberapa bulan lepas, I ada masak sup tulang guna pressure cooker. Di sebabkan tak menyabar nak makan, I picit secret button kat penutup pressure cooker tu, nak bagi cepat buka. Sekali hamekk...abis meleleh segala kuah sup tu. Hampir banjir dapur masak ku. Wuwuwuwuwuw.

‎Keesokkan hari, tak sangka tunku yang banjir tu tak boleh hidup. Huwwaaaa... :( sedihnya. Da keringkan betul2...cuci bersih2 pon, still tak kuar api. Da try tukar ring dia dengan tunku sebelah pon sama. Tak kuar api! Nak tak nak, memang kena report Benova (comp yang I beli lebensstil). Tapi....asyik la bertangguh sampai berbulan2, sebabnya kad warranty tak jumpa. Agagaga.

Baru2 ni, Mr. N kemas bilik tetamu, tetiba dia jumpa segala warranty card. Alhamdulillah. So, last friday I terus call Benova, and sales person tu terus buat report. And suprising, semalam hari Isnin terus kontraktor lebensstil datang servis! Perghhhhh...efisyen giler!

Rupanya, ada last screw kat tengah2 tu yang tersumbat. Laaaaa.. cucuk ngan jarum je then solved the problem! Senang rupanya. Yang kami laki bini kat rumah da habis ikhtiar da. Nampak macam canggih sangat dapur tu.. hihihi. Da alang2 kontraktor tu datang, we all pon amik kesempatan tanya cara2 nak maintain sendiri dapur tu nanti. Hikhik..lepas ni da tak risau dapur tersumbat ke ape da.

tu ha....screw tengah2 yang warna gold tu yang tersumbat. cis....tak terfikir sampai nak check kesitu.


Yang I paling risau sebenarnya, warranty card tu. Ye la, selalu kan kalo beli barang elektrik, ada 2 keping warranty card. Sekeping kena hantar balik ke kilang untuk activate warranty dalam masa 7 hari kan? Hohoho..masalahnya, I tak pernah pon hantar balik warranty card tu. Tu yang cuak tu nak panggil mai servis, kot2 da tak cover warranty ke ape. Rupanya, as long as ada card tu, you are safe! Pheww.. so, uncle tu just koyak sekeping je, dia bawa balik nak claim job dia. So, memang selamat disitu. 



warranty card yang tak penah nak isi dan hantar ke kilang balik. huhuhuhu



Selain tu, I tanya jugak kat uncle tu, kalo dapur jenis tempered glass ni memang selalu pecah ke. Dia cakap, yang selalu pecah tu sebab salah pasang. Patut potong table top tu ngam2 pada besi bawah dapur tu. Jangan tebuk lubang luas then, terpaksa tempered glass tu plak yg menampung beban. Tu yang cepat retak dan meletup. Hoho, cepat2 I check dapur sendiri. Alhamdulillah..memang dapur tu terletak elok atas besi dia, bukan kaca.


dapur kaca yang selalu jadi mangsa. jangan tak tahu, bukan dapur jenis gas je yang selalu pecah, tapi induction cooker pon ada kes juga tau! ikut nasib la yer.


Akhir kata, memang best guna lebensstil. Servis yang sangat tiptop. Barang pon berkualiti. Tersangat puas hati. So, jangan ragu2 lagi nak beli jenama lebensstil.





Sent from my BlackBerry 10 smartphone.