Wednesday 16 July 2014

McKitchen Tour - Part 1

memandangkan ada request yg suruh share McKitchen Tour....
delay bape lama..maklum la...mood Rajin lambat menjengah. kena kemas cantik2 baru bley buat tour kan.

Buat Part 1 dulu, sebab ni tour bahagian luar je. dalam2 kabinet belum lagi ye puan2 sekalian.
dalam kabinet tu belum susun atur kebabom lagi. masih mood campak2. belum serasi lagi kata org2 tua.

Fokus utama kita pada hari ni, adalah pada table top, ruang penyediaan dan juga sinki.
ruang2 lain..buat part lain ye. hikhikhik.


 Lupa plak nak snap gambar full. hihihi... tp i da penah share full picture of McKitchen
dapur ku yg size kecik molek ni..setakat 4x9kaki je, tak susah mana pon nak imagine. 
tu...siap nampak reflection sinki lagi kt pintu microwave. besar gitu je la dapurku. 

Ini antara ruangan untuk food preparation. i akan pastikan ruang ni sentiasa free gini. barang elektrik yg layak parking kat sini hanyalah tefal actifry, dan juga kettle air tu. benda lain..sila pi tempat lain. even periuk nasi pon i tak akan biarkn kt sini. tamo2 semak dan serabut. biar cerah gini, senang sikit untuk i buat keje. 

Bekas rempah (garam kunyit) dan kole minyak tu pon akan diubah nanti. i akan tambah para atas tu... da beli semua bahan, cuma tak pasang2 je lagi....haishhhh. tak sabar nak nyahkan spices and kole minyak dari kawasan tu. 

kawasan ni la yang menjadikan sakit kepala nak fikir. designer everskill suruh buat Tall Unit 2 kaki kat sini. Kiranya....start dari oven yang kat bawah tu...memanjang straight naik ke atas. gila ape nak buat tall unit kat situ...da tu....terlindung la nanti ruang spices tu. kan..kan????? da jadi gua belah batu bertangkup plak celah tu nanti. mana la i tak hangin ngn designer tu..bodoh piang sangat! mati2 dia pertahankan tak bley buat hanging compartment untuk microwave i tu. kononnya microwave tu berat la....tak boleh tampung la.. bla..bla...dan seribu alasan lain. ape ke bangang sangat?? takkan la boleh runtuh kot? da tu rumah orang lain rilex je simpan pinggang mangkuk berat2 kat kabinet atas tu, tak penah plak dengar kes runtuh kabinet.

last sekali, dia terpaksa juga ikut cakap i. ye la...i siap ugut tanak bayar kan. kehkeh. tapi ni pon i tak puas hati sebenarnya. patutnya hanging unit ni naik ke atas lagi. tapi tetiba jadi macam ni pulak. jauh jugak lari ukuran dia...ni semua salah designer bodoh piang tu.....susah sangat nak mendengar arahan. sebenarnya...panjang kotak ni pon dalam 3 kaki. memang buruk dan tak selesa kalo pasang 3kaki..sebab dia rendah. i paksa apek tu potong. apek tu pon nak senang keje...dia kata tak boleh nak potong, susah la ape la... HELLOOOO.. i customer kot. aku tengok hang potong pintu/papan lain boleh je, takkan nak suruh alter box ni tak boleh. jangan macam2 sangat apek..kang ada benda lain i potong kang. macam2 gergaji dia bawa..takkan la tak boleh alter kan? last skali dia ikut cakap i jugak. jadi la ni....nasib la ruang bawah tu masih muat untuk letak tefal airfryer tu. dan box tu pon muat letak microwave, dan ada ruang lagi tepi microwave untuk i letak blender. ok, cun sangat da tu.


ni lagi satu, ruang penyediaan yang cinonet. Alhamdulillah...walaupon kecik je, tapi sangat praktikal untuk i. janji ruang ni mesti kosongggggg je. baru hati banyak senang nak masak sedap2 untuk suami. agagagga. i plan nak letak para atas tu....para da beli..tapi tak pasang lagi. 

Berbaloi sangat dengan pemilihan quartz warna putih ni. suci murni je kan? nampak ada kaler2 lain je, cepat2 nak lap. hihihi...i penah ada bad experienced dengan table top warna hitam...ni kat rumah orang la ye. hitam memang tak nampak kotor..tapi bahaya jugak woo....bila da tak nampak kotor, tahap kebersihan diabaikan. nampak tak kotor..tapi bila terpegang area situ, tetiba belengas, licin, berlumut.... eeee... gelinya. sebab tu i tekad nak amik table top putih untuk rumah sendiri. senang nak jaga. nampak kotor je, cepat2 la lap dan cuci ye. baru hati senang. :D

i personally pilih quartz instead of granite. 
tak de specific reason...tapi terasa quartz ni lagi tahan lasak, sbb batu buatan. variety warna lebih banyak, nak jaga pon senang..tak perlu coating bagai.
kalo granite, more to natural resource. 
pendek kata....bila i baca article SINI, memang terus jatuh hati dengan quartz.
sambil2 dok masak, sambil2 dok belek quartz ni, pastu senyum sorang2. kahkah
sgt admire dengan pilihan sendiri..sebab ada yg sparkle2 macam cermin..ada mcm guli. sukerrr



ok..next..bahagian sinki pulak. i loveeeee my sink area so much!
Dulu i penah berangan nak beli sinki 2 bowl. siap terbayang, kalo tak beli 2 bowl, mesti akan menyesal seumur hidup. chewahhhh. the main reason i nak 2 bowl, sebab sebelah untuk kerja mencuci, sebelah lagi untuk tiarap pinggan2 yg da siap cuci. kehkeh. kan i taknak serabut atas table top tu.. memang jangan harap i nak letak dish rack bagai kat sebelah kiri tu. da la ruang tu sempit, nak kena kongsi dengan dish rack pulak.

Tapi, memandangkan da ada dish rack atas sinki ni, saat2 akhir pembelian sinki ni, kami berdua tukar ke 1 bowl saje. perghhh...memang tak penah menyesal pon beli 1 bowl je. Bersyukur Alhamdulillah lagi ada..sebab ni adalah pilihan yang tepat!!!!!!!! segala tok nenek belanga i boleh sumbat dalam sinki ni. tak basuh pinggan seminggu pon tak pe..sinki ni dalam dan luas. best sangat sangat sangat sangat. oiihh..over betul. hahaha. lepas cuci pinggan..semua i tiarap kat dish rack atas ni je. tak susah ape pon. tengok tu..segala tok nenek kuali, mangkuk, tupperware i letak atas tu. luas jugak ruang dia. Alhamdullillah...puas hati sangat.

adjustable penapis dari IKEA. rm34.90. perghh..terasa mahal untuk seketul penapis. 
Tapi pejam mata..sbb barang praktikal ni. luas, dan bley letak kat sinki gorgeous ni. wakaka. senang weih bila nak tos pasta bagai. Mr. N la paling suka menatang ni. memudahkan kerja dia. 

tersangat puas hati dengan size sinki ni, dan juga org yang pasang sinki ni. sangat kemas, measurement terbaik. ada ruang praktikal depan tu untuk i letak bekas sudu/senduk. nak letak sabun basuh pinggan/sabun tangan pon tak de masalah. tapi in future, i rasa macam nak letak rak kecik kat dinding tu, untuk letak bekas2 sabun tu. baru nampak lagi kemas. 



sinki ni ada saluran overflow. ni bila i tadah air dalam sinki, andai kata kita terlupa nk tutup paip..air takkan melimpah keluar sampai banjir satu dapur. tapi air yang berlebihan akan keluar ikut saluran overflow. wahh.. cool sangat ni.


 ulang tayang lagi sinki ni. hahaha.. buah hati sangat. ingat ye.. brand Fomtano dari China. walaupon macam tak penah dengar dan tak femes, pastu brand china plak tu kan... tapi kualiti dan harga sangat lah tiptop.
material stainless steel 304, tebal 1.2mm, satin finish... bawah ada coating putih melepak..siap dilapik getah tebal bawah sinki tu, tujuan untuk serap bunyi. perghhhhhhh. bila da pasang baru tau ciri2 awesome ni.

berganding bahu pulak dengan pull out shower tu, brand yang sama. puas hati sangat ok. tak sabar nk ada baby..nak bagi mandi dalam sink ni je. wakakakkakakaka. suka weih sink ni... luas betul. senang i nak rendam aper2...rendam cadar, berus baju dalam ni, semua selesa.  rasanya i tak pernah reveal harga sinki ni. total set sinki + tap = RM700. rasa ni la paling murah...berbanding dengan jenama lain yang harga lagi membunuh. tapi kualiti tetap tiptop.

mak i sangat berkenan sinki dan paip pull out shower tu. siap suruh i belikan untuk rumah dia lagi. tak habis2 dok puji sinki i ni. wakakka. yg bagus nye....beli sinki ni, da dapat sekali set paip untuk bawah sinki. setengah brand lain, paip2 and acessories bawah tu kena beli asing. lega bila da include sekali.


tada.. selesa skit nk susun lauk pauk kat ruangan ni. walaupon cinonet je..tapi sangat praktikal. senang i nak posing untuk MOTD, Menu of the day gituuuu. 

sediakan bahan siap2 before masak. perghh.. macam cooking show plak kan. nak buat mee kuah ni. hihihi. ruang ni juga i gunakan masa blend bahan2 ni. tapi lepas blend je, i terus cabut plug, and simpan blender tempat asal. mudah sangat bila tepi ni adalah sinki. tak perlukan banyak pergerakan. campak2..capai2 je kat sebelah


Akhir kata.. Syukur Alhamdulillah..dapat realisasikan impian McKitchen walaupon tak besar mana pon, tapi cukup selesa untuk i masak dengan penuh kasih sayang, happy membuak2. wakakak. serius...tak penah terfikir pon mampu buat McKitchen ni...ye la...da duduk rumah sendiri, haruslah berangan nak renovate/extend dinding bagai kan? tapi tu la...kalau nak tunggu sampai cukup duit untuk pecah dinding bagai... lama lagi tu nak dapat dapur yang selesa. Syukur da buat dapur..lepas ni..kalo tak extend belakang tu pon i tak kisah da. da ada dapur fully function kan. tak perlu nak ada wet and dry kitchen bagai pon. yang penting, kena BIJAK susun atur dan design dapur impian. sungguh..tak menyesal pon buat dapur ni walau tak extend bagai. sebab sangat berguna untuk i yang "rajin" masak ni. hihi

kalo nak ikutkan..kami patut pecahkan dinding sebelah pantry tu. baru la luas dapur kami..baru la boleh nak buat tall unit 4 kaki pon tak de hal. tapi segalanya ada hikmahNya. kalo pecah dinding tu, makin banyak kos. sebab kena tukar tangki air atas siling sebab dinding tu ada beam yang support tangki air atas. tak pecah pon ok je.. da dapat McPantry yang super awesome kan? 

ni sape yang tengah cari idea dan sumber untuk buat kabinet dapur, kalo terjumpa blog i mesti suke... berderet citer pasal dapur aje. 

6 comments:

Unknown said...[Reply]

kemasnya dapur..btw, sj nak bgtau microwave kita sama :p

Farah said...[Reply]

nak tanya, overflow air kat sinki tu nnti ade saluran keluar sambung ke mana ye? soalan dr org belum ada KC lagi....hehee

Zila Zainal said...[Reply]

bila la nak ada umah sendiri ni. dok sama2 dgn hubby.. bule masak utk dia.. hmm

Anonymous said...[Reply]

Congrats congrats utk dapur u! I sbenanya tgh surf psl oven then terjumpa ur blog. I trus baca kisah dapur u ni dr masa u baru pindah dlu,citer u survey hood n hob mahal lah ape..sebijik la mcm i ni. Baru kawen, baru beli rumah and duit kuar mcm air. Haha. I suka cara u menulis, nampak realistik, x propa,mmg menggambarkn org2 muda yg baru nak belajar hidup kan. I pun tgh survey kitchen kabinet. Harap jumpa lah yg sepadan dgn budget i. Kecil takpe yg penting skali functional.gonna bookmark ur blog! :)

Aty Fared said...[Reply]

kemas lagi bersih...suka lah tengok umah orang ada kc pastu susun atur menarik.. :)

D'Sapone - Manhattan said...[Reply]

With our expert Stone Cleaning Services, you see dull Slate floors reestablished to like new. We serve Commercial and Residential Stone Restoration benefits.