Wednesday 3 July 2013

Ikan bakar ala portugis

Bila pegi pasar dgn hubby... mmg habis hidup i. dia tgk daun pisang... dia suruh beli..dan suruh i bakar ikan guna daun pisang. >.< baikla suami... ku turutkn perintah. lepas ni mmg nak suruh dia tanam pokok pisang kt belakang rumah... sng..tak payah nak beli2 daun pisang lg. 

Both of us....terlampau suke ngn ikan bakar ala portugis ni. 
1st time makan masa zaman bercinta...dating kt OU...utk berbuka puasa. kami pilih paril ikan bakar dkt foodcourt OU. so far.. dkt ou je ikan bakar ala portugis ni yg paling sedapppp..menjilat kuah. perfecto.
Dkt midvalley pon ok jugak.... food court dpn jusco. baru je mkn last week. hihihi. paling tak bley blah..ikan bakar ala portugis kt alamanda. perghh.. mmg out rasa dia. tak bape nk blend sgt. 

Ikan Bakar ala Portugis... only my version. 

puas google...dan berbekalkn daya ingatan deria rasa kt lidah ni... i come out with my own recipe. 

bahan2 kisar/tumbuk:
1 biji Cili merah 
1 ulas bwg besar
3 ulas bwg putih
2 biji buah keras
sebatang serai
sedikit kunyit hidup  - Optional
sejemput ikan bilis/ udang kering
sedikit garam
sedikit belacan. 
2 sudu cili kisar.

tumbuk and gaul sume bahan... then tumis dgn minyak..smpai garing. 
Lepas tu..sediakn aluminium foil, lapikkn daun pisang. letakkn isi ikan.. curahkn bahan kisar td. tabur bendi bnyk2. kihkih... i mmg suke bendi. kehekehkeh..elok campak daun limau purut dlm sambal ni... utk lg kick. lepastu..bungkus sekeliling kemas2 dgn aluminium foil tu. letak atas kuali/pan yg panas..guna api kecik jer. masak dlm 15 min je... ataupon smpai bungkusan aluminium foil tu kembung besar. da siap masak... perahkn limau kasturi sebijik. hikhik. setel. 

1st attempt ni...ok la jugak...sambal patut garing lg..baru rasa ala2 kt foodcourt. nanti nak try buat utk sotong plak. lalalala. masak sendiri baru puas mkn..letak bendi bnyk2. lg pon da terjamin kebersihan..dan bahan2 yg digunakan. yg penting..tak de MSG/ajinomoto.

No comments: